"Mana mungkin dua cinta(dunia dan akhirat) kan bersatu di hati..."



"Bersiap dan berbuatlah, kerana boleh jadi kamu tidak dapat berbuat apa-apa pada esok hari..."

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, February 15, 2006
Assalamualaikum wbt

Assalamualaikum wbt

    Masa berlalu begitu pantas. Hari ini kali pertama saya menulis di blog dalam tahun 2006. Hujung tahun ni saya harus menyiapkan research saya, berhasil atau tidak wallahua'lam bissowab. Saya harap Allah memberi kekuatan kepada saya. InsyaAllah...

   Dunia dan akhirat ibarat dua isteri yang bermadu. Saling cemburu-mencemburui. Apabila kita berpaling pada dunia, soal akhirat ketinggalan, apabila kita menumpukan pada akhirat, dunia kita ketinggalan. Pada hakikatnya, dunia dan akhirat saling memerlukan. Kita memerlukan dunia untuk sampai ke negeri akhirat. Kerja kita, study kita, apa saja yang kita buat saban hari kalau niat dikerjakan kerana Allah swt, insyaAllah akan selamat dunia dan akhirat. Allah akan mengiranya sebagai ibadah.

   Umat Islam kini bangkit. Itulah yang saya nampak selepas isu kebiadaban kartunis Denmark baru-baru ini. Umat islam satu dunia mengadakan demonstrasi termasuk di negara kita sendiri. Alhamdulillah...Maha Suci Allah...Maha Suci Allah..semoga kita semua selepas ini terus sedar dan bangkit dari tempat duduk kita yang empuk dan selesa. Apa yang kita tunggu lagi?. Kuffar secara terang-terangan menghina Penghulu kita Baginda Rasulullah saw. Apakah sekadar kita berdemo sahaja? Tidak ! kita harus bangun, bangun untuk menyedarkan rakan-rakan kita yang masih belum sedar, yang masih lalai dan alpa dengan keseronokan dunia, yang dijajah pemikirannya dengan ideologi barat, yang hanya sibuk mencari harta dunia sahaja, yang malu jika dirinya tampil dengan identiti muslim, dan yang bermacam-macam lagi.

   Jika sekiranya kita tidak pernah bangun bertahajud, gagahkanlah mata dan kakimu untuk bangun bertahajud sahabatku, jika kita sudah lama tidak menyentuh kitab suci al-Quran, ringankan lah tanganmu untuk membukanya dan ringankanlah mulutmu untuk mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Hayatilah terjemahannya dan dengan itu mudah-mudahan kita bukan lagi seperti semalam, umat islam yang lemah, tidak ada hala tuju, tidak ada matlamat hidup sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi, tetapi kita hari ini adalah umat islam yang sentiasa dahagakan ilmu agama, yang komitmen dengan halaqah dan usrah, yang berpegang teguh menonjolkan prinsip hidup seorang muslim, dan sentiasa berani di atas kebenaran islam di mana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja tanpa mengira tempat dan situasi. 

Saya rasa gembira kerana minggu lepas, halaqah kami bertambah ahli, semoga Allah memberkati usaha kami ini..ameen.insyaAllah...


Posted at 01:45 pm by nursyiar
Comment (1)  

Thursday, November 24, 2005
Kabare?

Assalamualaikum wbt

Saya ni nak kata sibuk pun tak sibuk juga, tapi serasanya lebih kepada sibuklah. Dalam kepala sekarang ni macam-macam duk pikiaq. Bulan ni adalah bulan terakhir semeter. Bulan depan dah masuk semester baru. Research saya diklasifikasikan sebagai research merangkak. Kalau kuda pula, kuda patah kaki. Saya mencongak-congak, boleh ke research saya ni siap penghujung tahun depan? Pokok tembakau entah ke mana, pokok betik entah ke mana. Journal saya dah bertimbun, tak habis-habis nak dibaca. Semester depan saya kena present poster. Harapan saya agar ada lah result untuk dibubuh dalam poster nanti. Semoga tuhan memberi kekuatan pada saya untuk menyiapkan kerja ni pada masa yang tepat dengan hasil yang mantap. Ada senior yang dapat tajaan macam saya, tapi tak grad-grad, tak submit thesis. Dapat kerja, senyap macam tu je. Saya harap saya tak jadi macam tu. Tak sanggup saya nak bayar balik duit biasiswa ribu-ribu. 

Sejak saya di rumah baru, saya balik tak menentu, tapi saya bukan kisah sangat sebab saya bukannya ada anak lagi pun. Sejak atuk keluar dari wad, dia tinggal dengan kami. Nampaknya kesihatannya bertambah pulih. Alhamdulillah. Sepanjang waktu tu, rumah kami dipenuhi dikunjungi sanak saudara yang datang nak ziarah atuk. Rasa meriah macam kenduri. Tapi oleh kerana saya sampai rumah pun kekadang malam, jadi tak sempat mana lah saya nak beramah mesra. Berjumpa mata adalah lagipun ada diantara mereka yang saya jumpa baru pertama kali. Hari ni saya tak tahu akan balik pukul berapa, tapi yang pastinya malam baru saya tiba di rumah. Paling awal pun maghrib.

Azam tahun 2006 ni saya dah ada. Setakat ni saya ada 3 azam saja. Mungkin akan ada senarai baru nanti. Antara azam tahun baru saya ialah untuk dapat "the best poster" semester depan. he he...wassalam.

Posted at 11:51 am by nursyiar
Make a comment  

Wednesday, November 09, 2005
sekadar celoteh

Assalamualaikum wbt

    Mood hari raya masih segar. Tapi saya sudah masuk lab sejak semalam walaupun tak banyak kerja kat lab. Eksperimen yang stop sebelum raya begitu susah rasanya untuk saya mulakan setelah seminggu lebih bercuti. Di fakulti, ternyata masih ramai yang bercuti. Terasa lengang. Mungkin minggu depan la kot baru penuh semula.  Suami saya tentunya kembali sibuk di office seperti biasa. Kali pertama saya menyambut hari raya bersama suami, kami memilih untuk beraya di kampung saya saja di sebelah pantai timur. Sungguh seronok saya beraya di kampung. Di pagi raya, mak saya menyediakan juadah nasi himpit, serunding, rendang, ketupat dan kuih muih yang lain. Namun begitu, saya makan berpada-pada juga, sebab mengambil pengajaran dr hari raya tahun lepas, perut meragam. 
    Malam semalam saya beraya di rumah kakak kak tipah di jalan kopi. malam tu saya jumpa la kak tipah. itu la pertemuan ke 2 saya dengan kak tipah setelah berkawan selama lebih dua tahun di milis. Kak tipah nampak makin berisi, maybe dah makin sihat. Banyak juga yang kami bualkan. pelbagai isu termasuk kumpulan ajaran sesat dekat area rumah saya. kat mana tempatnya saya pun tak pasti. Tapi yang lebih meyeramkan saya ialah kejadian rompakan dekat bukit kapar. ada satu jalan untuk ke pekan kapar, jalan tu sunyi. tahun lepas abang ipar saya kena rompak dekat situ. Yang pastinya, pasni saya tak berani nak lalu sorang kat situ.
    Hari raya je, open house di mana-mana. Kak Nad (lab mate) pun buat open house ahad ni. Dekat kajang jauh jugak. Tapi bila lagi nak pi rumah kak nad ye. Satu lagi bila hari raya ni, ada kenduri kawin. Saya dan suami dapat tiga jemputan. Satu di pendang, satu di Muar dan satu lagi di Jengka. Semuanya luar negeri. Nak pergi ke ketiga-tiga kenduri tu rasanya tak larat kami. Mungkin ke Jengka kami akan pergi insyaAllah...
   Raya tahun ni saya tak jumpa ketupat daun palas. Nak cari kat sini lagi la tak jumpa. Tiba-tiba pula saya mengidam ketupat daun palas. Maybe hari raya haji saya akan suruh mak buat disamping saya sendiri kena belajar buat. Bila pandai senang. Rasa nak makan, boleh terus buat. Akhirul kalam, raya-raya juga, makan tu berpada-pada. Jika tidak, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dll datang menjelma..nauzubillah..wassalam.


Posted at 02:11 pm by nursyiar
Comment (1)  

Tuesday, November 08, 2005
Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wbt
Sahabat sekalian, ramadhan telah pun meninggalkan kita. Jika ada jodoh, insyaAllah bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan. Apa-apa pun, bulan Syawal adalah untuk kita meraikan kemenangan. pastinya kita tidak lupa akan peristiwa kemenangan ummat Islam dalam peperangan ahzab. Allah bantu tentera islam dengan mendatangkan ribut pasir. Sebagai seorang yang beriman, ketaqwaan seharusnya diletakkan setinggi-tingginya kepada ALLAH swt. Bantuan ALLAH pasti akan datang. Wahazamal ahzab..islam pasti menang dan janji tuhan pasti berlaku..

Saya nak bagi kuih raya pun tak boleh so saya bagilah pantun raya..:-)

Berlalulah sudah bulan Ramadhan,
Sekarang kita meraikan kemenangan,
Di bulan syawal penuh kesucian,
Semoga bertambah taqwa dan iman.

Ketupat daun palas jadi pilihan,
dicicah dengan rendang dan sambal,
teruskan dengan semangat Ramadhan,
serikan akhir malam dengan qiamullail.

pelbagai juadah raya disediakan,
open house dari pagi sampai ke malam,
tambahkan ilmu dengan pengajian,
sebarkan islam ke serata alam.

Suasana riang ria di pagi raya,
takbir bergema di sini sana,
Redha Allah cita-cita utama,
Semoga mendapat petunjuk dari-Nya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Posted at 03:15 pm by nursyiar
Make a comment  

Monday, November 07, 2005
Muhandisun fi sabiliLLAH (Engineer di jalan ALLAH)

 

Oleh:   Faridul Farhan Abd Wahab

            Engineer, Jimah O&M Sdn Bhd


 

 

“…bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada ALLAH). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.”

(Saba’[34]:13)

 

Mudah-mudahan mulut ini, tangan ini, kaki ini, tubuh ini, seluruh deriaku ini, akan tetap terus kekal dalam keadaan memuji ALLAH Rabbul Izati. Sebagai tanda syukur. Sebagai tanda kehambaan. Sebagai tanda ketergantungan.

Mudah-mudahan seorang yang bernama Muhammad B. Abdullah, kita berselawat dan mengucapkan salam kesejahteraan ke atasnya, akan hadir dalam hatiku ini sebagai sang kekasih dan idola abadi. Di atas cinta yang ia curahkan. Atas pengorbanan yang ia lakukan. Atas teladan yang ia berikan.

Buat para sahabatnya, yang telah mencintainya sepenuh hati, yang telah membelanya dengan darah dan air mata, dan telah menemani liku-liku kehidupannya, mudah-mudahan selawat serta salam ini dicurahkan di atas sikap mereka itu, di atas usaha mereka itu, di atas pengorbanan mereka memancarkan cahaya Islam itu. Juga para pengikut mereka, dikalangan tabi’in, tabiit tabi’in, ulama’ wal mujahidin, serta seluruh individu mahupun kelompok yang menyatakan cinta pada ALLAH, dan cinta pada Rasul, dan ungkapan cinta mereka itu, tidak khusus di mulut semata, melainkan terserlah pada amal perbuatan mereka, pada gerak tari karya mereka, pada hati dan nurani mereka. Sehingga ALLAH berkenan memberikan mereka salah satu daripada dua kemenangan: mereka hidup mulia dengan Islam itu kembali mulia, seperti mana kata-kata Umar al-Khattab: “kita adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Islam, dan kita tidak akan pernah mulia, ketika mana kita mencari kemuliaan di luar daripada Islam.” Atau, ALLAH memberikan kita alternatif kemenangan kedua, menamatkan kisah kehidupan ini seraya bergelar “syuhada’” di jalan-Nya. Itulah kemenangan yang abadi, yang tak mampu diraih oleh sebarangan orang. Itulah “seni mati” –andainya mati itu pun berseni- yang paling indah sekali.

 

Tuan-tuan dan puan-puan, sahabat yang kukasihi,

 

            Dalam ayat al-Quran di atas, ALLAH SWT menjelaskan, bahawa tujuan ALLAH ar-Raziq (Satu-satunya Pemberi Rezeki) menganugerahkan kepada kita “kerja” –sama ada kerja itu sebagai engineer, atau doktor, atau cikgu, atau manager, atau operator pengeluaran lain sebagainya- adalah supaya dengannya kita mampu bersyukur seperti mana yang diperintahkan kepada keluarga Daud. Kerana itulah etika dalam kita berakhlak dengan ALLAH; bahkan sesama manusia pun. Bila saja ada pihak yang berbuat baik dan berbakti kepada kita, maka sudah sewajarnya balasan yang setimpal, atau setidak-tidaknya ucapan “terima kasih” kita hadirkan untuk-Nya. Nah, bukankah karier yang sedang kita harungi, atau universiti yang sedang kita telusuri, adalah suatu nikmat pemberian ALLAH? Bahkan semua anugerah di bumi ini, yang kita disuruh untuk mencarinya, untuk memakmurkannya (Surah Hud[11]:61), adalah untuk melahirkan insan-insan yang tahu bersyukur kepada ALLAH.

 

Perhatikanlah ayat ini:

 

“Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal belayar membelah laut supaya kamu dapat mencari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur.”

(al-Fathir[35]:12)

 

Ya sahabatku, “supaya kamu dapat mencari kurnia-Nya”. Maka laksanakanlah profesion mu itu, apa pun ia, dengan amanah, dedikasi, bersungguh-sungguh dan penuh profesionalisma. Inilah yang diutarakan baginda Nabi, ketika menyatakan kerja itu harus dilakukan dengan “itqan”, iaitu dengan berkualiti. Tetapi, ALLAH melanjutkan lagi ayat tadi, seraya mengakhirinya dengan menyebut “supaya kamu bersyukur”. Benarkah kita bersyukur, ketika pembantaian dan penghinaan oleh musuh-musuh terhadap umat Islam, yang kini mereka berani melakukannya secara terangan-terangan -di Bosnia, di Palestin, di Ambon, di Chehnya, di Kashmir (baca surat khabar, seorang remaja wanita akan menyaman sekumpulan Hindu yang merogolnya secara “gang rape”), di Afghan, di Iraq (tidak cukupkah gambar-gambar di akhbar tentang tahanan Abu Gharib), dan kini semakin menghampiri negara ketika, ketika menular pula di Selatan Thai- sedangkan kita duduk berdiam dibuai lena? Sedangkan kita beralasan, perjuangan harus ditangguhkan. Tunggu habis kuliah dulu. Tunggu siap assignment dulu. Tunggu settle test dulu. Tunggu dah berhenti kerja dulu. Bayangkan, kalau andainya yang dirogol oleh musuh-musuh itu adalah isteri kita, atau ibu kita, adakah kita mahu katakan pada mereka “mak, tunggu dulu. Esok saya ada exam. Tunggu saya habis exam, baru saya tolong mak daripada dirogol,” Begitu?? Bayangkan andainya kita di situasi saudara-saudara seIslam itu, agak-agak apa perasaan ketika, ketika umat Islam yang lain tidak mahu membantu, bahkan hidup selesa dengan dunia masing-masing.

 

Muslimin dan muslimat yang kukasihi,

 

            Maafkan daku, kerana entah mengapa kebelakangan ini, jiwaku semakin meronta. Hatiku semakin terluka. Fikiranku semakin terganggu. Kerana aku merasakan, ketika aku duduk selesa mengharungi kerjayaku di pejabat, ada saudara-saudaraku di belahan bumi sana yang meronta-ronta, merintih-rintih pertolonganku. Hati aku tersiksa, kerana aku seakan-akan tidak melakukan apa-apa, bahkan memang tak melakukan apa-apa!!! Aku terluka ketika ada sahabat-sahabat yang ingin ku raih simpatinya, sedangkan ia lebih selesa melayani keseronokan dunia. Sayang, kerana urusan dunia, kita sanggup ke mana-mana, melakukan apa sahaja. Tetapi dalam urusan melabur dalam saham Akhirat, kita banyak berdalih lagi banyak beralasan.

 

            Aku engineer!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seorang Fathi Yakan, yang, sungguhpun memegang degree dalam bidang engineering, tetapi mampu menulis puluhan buku-buku yang menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia. Aku seorang engineer!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seorang Yahya Abasy, yang dengan ilmu engineering yang ia ada, berkat niatnya belajar dulu pun kerana ALLAH, lalu jadilah ia rakyat Palestin pertama tahu membuat bom, lalu diajarkan ilmu kepada rakyat Palestin lain, hingga paling tidak, adalah juga sedikit senjata untuk berdepan kelengkapan tentera rejim Zionis. Aku seorang engineer,!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seperti seorang Tifatul Sembiring, yang dalam kesibukannya sebagai jurutera, ia masih sanggup mentarbiyah masyarakat Indonesia, sehingga gelombang kesedaran dan kebangkitan “berombak” di sana (lihat saja surat khabar. Berapa ratus ribu umat Indonesia yang hadir dalam demonstrasi membantah kekejaman US, kekejaman Zionis, dan sebagainya) sehingga beliau layak dilantik sebagai Presiden Partai Keadilan Sejahtera?

 

            Lalu, untuk apa aku jadi engineer, kalau kiranya ilmu yang aku pelajari, sepanjang tempoh 4 tahun mengharungi alam kemahasiswaan, gagal untuk membantu aku melihat keagungan dan kehebatan “ALLAH engineering” dibandingkan dengan kedhaifan dan kekerdilan “human engineering”. Kenapa perasaan ketergantungan itu tidak hadir di dalam diriku? Sehingga sentiasa ingin meraih, dan merintih belas kasih ALLAH? Kenapa perasaan kekerdilan itu luput dari dalam diriku? Sehingga sentiasa tunduk patuh pada perintah dan ajaran rasul-Nya?

 

            Apalah bezanya aku dengan seorang Ah Chong, atau Ah Chai, atau Rajasamy, atau Hey Raju, atau Funakoshi, kiranya perananku sebagai engineer tidak banyak berbeza dengan mereka? “Dan orang-orang Kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun. Dan didapatinya (ketetapan) ALLAH di sisinya, lalu ALLAH memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan ALLAH sangat cepat perhitungan-Nya” (an-Nur[24]:39).

 

            Sahabat, betapa celakanya diriku ini, kerana hidup aku tidak pernah membawa erti! Membawa erti pada perjuangan membela agamanya. Bererti terhadap usaha menyebarkan agamanya. Bererti terhadap liku-liku hidupnya sujud menyembah Ilahi.

 

            Sahabat, tolonglah diriku! Betapa lama diriku hidup lalai dibuai keseronokan dunia. Dan betapa ramai kawan-kawan yang aku jerumuskan ke lembah “tahyul” nukilan Syaitan durjana, sedang kini, setelah di”langgar” hidayat, aku gagal membawa mereka ke cahaya keredhaan-Nya!

 

            Lalu aku terluka lagi, ketika mana membaca surat saudariku si fatima, yang dikirimkan lewat email oleh 2 orang kanalanku (satu dalam BI, satu dalam BM), yang bunyinya begini:

 

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." [Qur'an, Surat 112 "al-Ikhlas"]

 

Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman.

 

Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.

 

Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib.

 

Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.

 

Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!

 

Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]”

 

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

 

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.

 

Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.

 

Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis:

 

"Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku."

 

            Lalu aku bertanya diriku, untuk apa kehidupanku ini? Apalah bezanya dengan sang kafir, kiranya hidup hanya ku layari demi mencari sesuap nasi. Sedang Nabiku dulu rela berlapar demi menjamin kebahagiaan ku di perkampungan Akhirat nan abadi.

           

            Lalu aku bertanya diriku, kiranya aku yang berada di medan Uhud, adakah aku akan menjadi bak para sahabat, yang membela, mempertahankan dan menjadi perisai kepada baginda Nabi dengan jasad dan jiwa mereka, atau aku akan berfikir berkali-kali soal mak ayah, soal kerja, soal motor lain sebagainya???

 

Wahai sahabat, tolonglah aku!! Betapa aku tidak layak menjadi umat seorang Nabi semulia ini!! Yang ketika sampai di puncak dan kemuncak segala ketenangan, keindahan, kesenangan dan kekayaan, itulah Syurga Firdausi, ketika di mikrajkan oleh ALLAH, lalu tiba-tiba ia mengundur kembali. Mengundur untuk kembali ke bumi. Meninggalkan segala keteduhan nikmat dan rahmat ALLAH itu. Untuk berglumang dengan suatu potret kehidupan yang penuh kedukaan, penghinaan dan penderitaan. Lalu untuk apa baginda turun kembali kebumi? Kerana cinta!!! Ya, kerana cintanya padaku.

 

Sahabat! Betapa aku tidak layak mendapat rahmat kasih sayang Tuhan ini! Nikmat pancaindera ketika ada yang dilahirkan cacat. Nikmat nyawa ketika ada yang belum lahir sudah mati. Nikmat menjadi engineer ketika ramai yang masih menganggur. Nikmat Islam ketika ramai yang masih Kafir. Kerana dengan berbondongnya nikmat ALLAH ini, aku pula “menggari” tanganku daripada membela agama-Nya sebagai tanda kesyukuran dan kehambaan.

 

            Inikah ertinya ikrarku setiap kali doa iftithah ku bacakan dalam solat “sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana ALLAH  Rabb segala alam”. Atau, aku bangkit dan melangkah kaki, mencari ruang-ruang sumbangan yang mampu aku hulurkan?

 

Semaklah kembali syair Abdullah Ibnu Rawahah menjalang kematiannya di medan peperangan:

 

Hai jiwa!

Kau harus turun berlaga

Atau, kupaksa kau turun

Telah lama kau hidup tenang

Mengapa kau tampak enggan untuk menggapai Syurga

Ingatlah, kau hanya setetes air mani yang hina

 

            Semaklah kembali kata as-Syahid Hassan al-Banna: “Sesungguhnya kita ini mulia kerana ALLAH, dan tidak akan pernah hina selamanya bila adanya kemuliaan daripada ALLAH. Kita kaya kerana ALLAH, dan tidak akan pernah miskin selamanya bila berada di bawah perbendaharaan ALLAH. Kuat kerana ALLAH, dan tidak akan pernah lemah selamanya bila kita berada di sisi ALLAH”

 

            Ya Tuhanku, andainya dikau tidak mentakdirkan daku untuk bahkan mencium bau Syurga-Mu –dan memang aku bahkan tak layak untuk semua itu- setidak-tidaknya didiklah diriku agar aku dapat menyelamatkan diri dari seksa Neraka-Mu…..


(Nota: Artikel ini ditulis pada 24hb Disember 2004 dan sepatutnya disampaikan pada MABIT (Malam Bina Iman Taqwa) pada 8 Januari 2005 yang lalu di Shah Alam. Alhamdulillah, program itu berhasil dan berjaya! Tuan-tuan dan puan-puan dijemput datang pada MABIT akan datang.


Posted at 01:54 pm by Ibnu Lutfi
Make a comment  

ATOM (Manusia sebagai sebuah jirim)

 

Oleh:   Faridul Farhan Abd Wahab

            B.Eng(Hons) Electrical Engineering, Cert. Syari'ah

      

            Apabila segala yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang dimengertikan sebagai jirim, maka sungguh, manusia –atas alasan yang demikian- juga merupakan “sebuah jirim”. Kerana ternyata manusia ini -seperti mana jirim-jirim yang lain-, mampu memberikan “anjakan paradigma” kepada alat penimbang, selain memenuhi “aspirasi” ruang-ruang, mahupun bekas-bekas yang sedang “kegersangan”.

 

            Nah, bila berbicara tentang jirim, sudah tentu ia merupakan suatu fenomena yang didirikan hasil untaian-untaian dan pautan-pautan unsur utama bergelar atom. Ertinya –berdasarkan pemahaman fizik yang di atas- ialah manusia juga dibina atau merupakan suatu perkumpulan atom-atom yang kelak dengan bersatu dan bertautnya atom-atom ini, menjadikan wujudnya makhluk yang memimpini dan menerajui bumi Tuhan ini.

 

            Berbicara tentang atom, semua orang tahu –atau setidaknya harus tahu- bahawa yang namanya atom itu adalah unsur yang dikelilingi oleh suatu unsur yang bercas negatif, yang memakai nama elektron sebagai nama panggilan mahupun nama saintifiknya.  Elektron ini, yang menurut Bohr (walaupun kemudiannya disangkal oleh saintis-saintis terkemudian), adalah unsur yang sentiasa mengelilingi atom tadi, dengan membawa bersama cas negatifnya.

 

Nah, begitulah juga dengan manusia. Dek kerana manusia, menurut pengertian ilmu fizik ini -bahkan dibenarkan juga oleh ulama’-ulama’ lampau yang menyatakan manusia sebagai jauhari (yang memberikan pengertian jirim) –merupakan suatu gugusan atom, maka sudah tentu berlegarnya cas-cas atau potensi-potensi negatif di sekitarnya merupakan suatu hal yang wajar bahkan bisa dimengertikan. Kerana dalam pengertian Islam juga, jiwa manusia juga sentiasa berpotensi untuk turut terjerumus ke lembah yang dimurkai Tuhan, siapa pun dia, apa pun jawatannya, apa pun penampilannya.

 

“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya jiwa itu selalu menyuruh kepada kejahatan…”

(Surah Yusuf [12]:53)

 

Maka usahlah hairan tatkala Fathi Yakan antara lain menulis sebuah buku tentang fonemena “ion negatif” ini, kerana bahkan di zaman Rasulullah S.A.W pun hal ini pernah terjadi. Bagaimana sosok peribadi sehebat sahabat pun, ada yang kemudiannya bertukar menjadi “ion negatif”… suatu hal yang tak perlu dihairani bila mana kita mengerti tentang teori manusia sebagai jirim ini.

 

Bila kita membahaskan tentang manusia, yang kemudiannya dilanjuti dengan perbahasan mengenai atom, dan diperincikan lagi dengan perbahasan tentang elektron, yang mana unsur yang satu ini sentiasa berkecenderungan untuk menjadikan seluruh atom tersebut bercas negatif, sama ada kerana pengaruh luarnya , yang mana sedikitnya elektron di petala terakhir atom berhampirannya, yang lantas menyebabkan kesedikitan elektron atom berhampiran itu berpindah ke petala atom tersebut, mahupun faktor dalaman manusia itu sendiri, yang elektron-elektron di petala terakhirnya sentiasa berkecenderungan untuk menarik elektron-elektron persekitaran ke dalam dirinya. Yang dalam pengertian sang mukmin, faktor dalaman dan faktor luaran ini keduanya berperanan, maka usahlah pantas kita menyalahkan sosok peribadi seseorang individu itu semata-mata tatkala ia mula futur atau melemah di jalan dakwah, melainkan kita turut memahasabah diri kita sebagai faktor luaran, yang mana barangkali diri kita yang gagal mempersiapkan persekitaran yang Islami guna mengekalkan sang individu tadi di jalan yang diredhai Ilahi Rabbi.

 

Kelemahan dan kegersangan jiwa manusia dek kerana tidak melalui proses tarbiyah yang sejati, menyebabkan ia sendiri yang mendorongkan dirinya ke arah kemusnahan, bahkan ia sendiri yang menumbuh kembangkan “potensi” kejahatan dalam dirinya. Sedang faktor luaran yang kita nyatakan disini membawa pengertian pengaruh persekitaran yang rosak bisa menyebabkan kerosakan dan ke”negetif”an manusia tersebut.

 

Namun pada masa yang sama, sang atom itu juga mempunyai suatu unsur neutral sebagai menjamin “keseimbangan” eksistensinya, sesuai dengan kedudukannya sebagai “ummatan wasathan” barangkali. Dan al-Quran menggelarkan unsur neutron ini sebagai nafsul lawwamah, kecendurangan jiwa untuk “bersikap” neutral, dek kerana seimbangnya kekuatan aqal dan hawa terhadap qalbu (hati).

 

“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri)”

(Surah al-Qiyamah [75]:2)

 

Sedang unsur pelengkap sesuatu atom itu ialah proton, sang unsur positif, yang sentiasa membawa kebaikan kepada kehidupan manusia, selain menghapuskan kerosakan dan kesilapan yang dicetuskan jiwa “elektron” tadi, hingga selayaknya mendapat ganjaran Syurga.

 

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”

(Surah al-Fajr [89]:27-30)

 

Oleh yang demikian, usahlah terkesema bila mana melihat pantasnya perubahan seseorang manusia itu, hatta menampilkan perubahan hingga 180 darjah. Kerana jiwa itu, sebagai memenuhi sifatnya sebagai atom, sentiasa berpotensi untuk menjadi baik, juga pada masa yang sama sentiasa berpotensi menjadi jahat. Yang penting, kita sebagai unsur-unsur sekeliling, yang dengan wujudnya kita, atom-atom tadi menjadi molekul bahkan lebih lanjut lagi membentuk jirim, memainkan peranan untuk memastikan akhir kalimat seorang muslim, ialah kalimat yang dicaskan oleh unsur proton, agar mudah-mudahan akhir kalimat yang baik ini, seperti dalam hadith arbain yang keempat kumpulan Imam Nawawi, akan menjadi faktor penentu yang lantas menghapuskna segala kebobrokkan yang pernah ia lalui di masa lampau.

 

Kan kita semua belajar fizik? Maka apa yang dihairankan??


Posted at 01:48 pm by Ibnu Lutfi
Make a comment  

KESEIMBANGAN TERMA (Hubung kait suhu dengan haba)

 Oleh:   Faridul Farhan Abd Wahab

         B.Eng (Hons) Electrical Engineering, Cert. Syari'ah

            Andainya Haba didefinasikan sebagai tenaga yang dipindah dari objek yang panas ke objek yang sejuk, maka yang namanya tarbiyyah, atau lebih tepat lagi halaqah, adalah suatu definisi yang barangkali terungkap oleh perkaitan antara “haba” dan “tenaga” ini.

 

            Ini kerana umat kita dewasa ini sedang mengalami bukan saja kesejukan semangat, bahkan beku dalam mencerna momentum-momentum yang bisa menggerakkan masyarakat menuju suatu kegemilangan yang pernah suatu ketika dikecap dan dinikmati. Lantas, dengan kesejukan dan kebekuan ini, haba (baca: tarbiyyah) perlu memainkan peranan dalam erti kata menyalur dan memindahkan tenaga, dalam segala bentuk dan semua rupa, guna “memanaskan” masyarakat dengan suatu “kehidupan” baru yang hanya mampu dijelmakan dengan energi yang “dipendam tentu” lewat al-Quran dan sunnah rasul-Nya SAW.

 

            “Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan ALLAH dan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepasa suatu yang memberi “kehidupan” kepada kamu..”    (Surah al-Anfal [8]:24)

 

Nah, bila saja umat manusia tidak merasa perlu untuk menggali rahsia-rahsia dan hikmah-hikmah yang terkandung dalam telaga agamanya, sebaliknya merasa cukup sekadar mendaki bukit pemikiran, dek kerana merasakan tingginya banjaran yang dapat dicapai oleh akal semata-mata, lantas menyebabkan “keseimbangan terma” gagal wujud di dalam pelayaran kehidupan mereka. Kerana barangkali mereka lupa, bahawa yang namanya lautan (baca: khazanah al-Quran dan sunnah), yang meliputi dua per tiga dari hamparan bumi yang kita jejaki ini, mempunyai kedalaman yang berkali ganda, sampai bahkan terkadang tak mampu dan tidak boleh dikecapi oleh manusia. Bukan sekadar kerana gelapnya persekitaran laut dalam tersebut, tetapi juga kerana hebatnya tekanan yang berlegar di sekelilingnya, juga kerana misteriusnya hidupan-hidupan yang mendiami khazanah yang bisa dianggap fenomena menakjubkan ini.

 

            Maka ketika keajaiban akal semata-mata difungsikan, tanpa mengambil kira pedoman wahyu yang sebetulnya manjadi referensi utama akal dek kerana fakirnya ia ketimbang keluasan khazanah ilmu Tuhan, berlakulah ketidak seimbangan yang luar biasa, yang mengakibatkan tubuh masyarakat menjadi “panas”, akibat “keseimbangan terma” tidak berlaku, sedang tubuh itu sentiasa memerlukan kenyamanan guna melahirkan keselesaan baginya tika mana ia berjalan merentasi lembah kehidupan. Kerana itu ALLAH SWT mengingatkan insan, akibat yang dideritainya akibat ketidak seimbangan terma ini, sebagai suatu natijah yang hanya layak ditudingkan ke wajahnya sendiri.

 

            “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan mereka sendir, supaya ALLAH merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”                                                             (Surah ar-Rum [30]:41)

 

            Maka dalam pada kita mendaki tingginya banjaran kehidupan, janganlah sesekali kita melupakan dalamnya khazanah ilmu Tuhan, yang dalamnya bakkan lautan, suatu peringatan yang sentiasa dipindahkan daripada objek yang ingat kepada objek yang lupa, hingga mencapai keseimbangan terma, melalui tarbiyyah. Ya, namanya tarbiyyah!

 

 

 

 

RUJUKAN

 

Bab 4 (Haba dan tenaga), Fizik SPM


Posted at 10:39 am by Ibnu Lutfi
Make a comment  

Wednesday, October 26, 2005
Reminder of Ramadhan (RoR) (22 Ramadhan)

            Rev. A. Rev. B. Rev. C. Setiap kali design drawing dihantar untuk direview, sungguh pun ianya not approved, ia masih mempunyai peluang-peluang yang lain. Ia masih ada kesempatan untuk diluluskan pada revision-revision yang lain. Rev. 0, Rev. 1, Rev. 2. Tapi, RoR terhadap kehiupan kita di dunia ini, yang sedang dilakukan oleh para engineer bernama Raqib dan Atid, tidak ada lagi peluang untuk beroleh approval untuk memasuki Syurga ALLAH kelak, andainya kita gagal di kehidupan di dunia ini.


“Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin".

(Surah as-Sajdah [32]:12)

 

Sahabat sekalian,

            Apalah nilai rumah mewah di dunia, jika tidak beroleh mahligai Syurga di Akhirat. Apalah lapangnya tanah yang kita duduki, jika sekadar beroleh kesempitan di alam Barzakh. Ketahuilah, antara requirement yang harus kita comply demi meraih kehidupan yang membahagiakan di Akirat kelak, ialah kita bangun membela saudara seIslam kita, di mana saja mereka berada. Megapa tidak kebijaksanaan kita dan kepakaran kita, kita manfaatkan untuk membela agama? Adakah kita sudah begitu hebat untuk berhadapan dengan azab ALLAH SWT?

 

“…maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!”

(Surah al-Baqarah [2]:175)

 

Syurga hanya boleh dihuni oleh mereka yang beriman, dan “barang siapa yang tidak mempedulikan nasib orang-orang muslim, ia bukanlah dari kalangan mereka(hadith dhaif oleh al-Qaradhawi (melalui pembacaan saya) tapi hassan oleh Bin Baaz (menurut ustaz hadith saya)

 

Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

(Surah al-Isra’ [17]:16)

 

            Palestin. Bosnia. Kashmir (masjid Babri diruntuhkan). Burma (masih ingat pelarian rohingnya?) Ambon (umat Islam dibantai menjelang Aidilfitri). Jangan jadikan Malaysia tersenarai dek kelalaian kita. Dek dosa dan noda kita.

 

Sumpama inilah Ramadhan terakhir kita…isilah ia kerana tiada lagi peluang bagi kita selepas ini.


Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin

 

Thank you.

 

Best Regards,

Faridul Farhan Abd Wahab

On behalf of:

Myself, family and beloved wife


Posted at 09:42 am by Ibnu Lutfi
Make a comment  

Tuesday, October 25, 2005
Bicara di penghujung Ramadhan




Assalamualaikum warohmatuLLAHi wabarokatuh.

Sudah agak lama saya tidak menitip di blog ni, walau pun hampir tiap hari saya menjengah. Terima kasih buat suami tercinta kerana tidak putus-putus mengirimkan artikelnya.

Sedar tak sedar, kita telah pun hampir sampai ke penghujung Ramadhan. 10 Malam terakhir dalam bulan Ramadhan, tersembunyi di dalamnya satu malam yang penuh barokah. RasuluLLAH saw bersabda "Cari lah lailatul qadr pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan pada malam yang ganjil iaitu 21, 23, 25, 27, dan 29." Marilah kita sama-sama pertingkatkan ibadah, doa dan penuh pengharapan kepada ALLAH agar kita tercalon untuk menerima anugerah yang tidak terhingga ini. Alangkah rugi kalau kita menginginkan malam yang penuh barokah ini, tetapi kita berbuat sambil lewa dan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kita harus ingat, hanya ibadah yang ikhlas dan terbaik sahaja yang diterima oleh ALLAH seperti yang terakam dalam sejarah Islam, korban Habil berupa ternakan yang sihat dan terbaik telah diterima oleh ALLAH berbanding korban Qabil yang mempersembahkan hasil pertanian yang buruk dan busuk. Apalagi sahabatku sekalian, ALLAH telah menawarkan ganjaran yang berganda, Rasulullah juga menyuruh umatnya mencari-cari lailatul qadar, maka marilah kita merebut peluang yang terbuka ini. Kerana mana tahu, ini Ramadhan terakhir buat kita?..

Posted at 09:13 am by nursyiar
Make a comment  

Kado Bagi Pejuang Cinta


Kesyahduan Qalbu dalam zikir

"Apabila engkau berzikir kepada tuhan
sedikit demi sedikit batinmu akan
tersinari dan engkau akan terbebas dari
belenggu dunia."


Pancaran Cinta Ilahi

Tuhan menaburkan cahaya-Nya kepada segenap manusia
bahagialah mereka yang telah menadahkan kain untuk menerimanya.
Mereka yang beruntung tidak akan melihat apapun selain tuhan;
tanpa kain cinta, kita kehilangan bahagian kita.


Kaca Bening Hati

Tatkala hatimu menjadi bening seperti kaca
akan tampak padamu bayangan
yang ada di balik dunia fana ini
kau akan menyaksikan bayangan dan
sang pembuatnya
keduanya adalah hamparan
permaidani rohani yang amat luas


                                                (Jalaluddin Rumi)

Posted at 08:27 am by nursyiar
Make a comment  

Next Page